Sijil Animasi 2D

Sinopsis Program


Program Sijil Animasi 2D adalah salah satu program yang memberi peluang kepada pelajar yang meminati bidang seni visual dan animasi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali dalam bidang Animasi 2D. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, program ini dapat membantu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini membolehkan para pelajar menguasai asas animasi sehingga mampu menghasilkan sebuah portfolio yang diperlukan bagi menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang berkaitan. 

Prospek Kerjaya


Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Animasi 2D malahan dapat mengimplementasikan ke dalam kerjaya di dalam bidang berkaitan Multimedia Kreatif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti: 
  1. Pelukis Papan Cerita (Storyboard Artist) 
  2. Pereka Bentuk Karakter (Character Designer) 
  3. Pelukis Latar Belakang (Background Artist) 
  4. Pelukis Reka Bentuk Konsep (Concept Design Artist) 
  5. Keyframe Animator 
  6. Inbetween Animator 
  7. Clean-Up Artist 
  8. Juru Animasi 2D (2D Animator) 
  9. Digital Ink and Paint Artist 
  10. Pereka Kesan Visual (VFX Artist / Compositor) 
  11. Penyunting Video (Video Editor) 
  12. Pelakon Suara Latar (Voice Over Artist) 
  13. Foley Artist n. Render Artist

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Perlu lulus temuduga/hantar portfolio
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.