NOTIS PENYELENGGARAAN SERVER BAGI PORTAL PENGAMBILAN PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Dimaklumkan bahawa, berkuatkuasa pada 11 Mac 2024 laman Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti (ambilan.mypolycc.edu.my) akan ditutup untuk proses penyelenggaraan sehingga 22 Mac 2024 .

UNTUK PERMOHONAN UPUONLINE KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2024/2025 

  • Bagi calon kategori lepasan SPM 2023 dan kategori lepasan SPM 2022 & 2021 permohonan adalah melalui  UPUONLINE
  • Permohonan UPUONLINE Fasa 1 boleh dibuat mulai 29 Februari 2024 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 29 Mac 2024 jam 5.00 petang.
  • Permohonan UPUONLINE Fasa 2 boleh dibuat mulai 29 April 2024 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 9 Jun 2024 jam 5.00 petang.
  • Permohonan program pengajian bertemuduga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada Fasa 2. Hanya program pengajian yang tidak bertemuduga dan/atau ujian dibuka untuk permohonan fasa ini.
  • Pembelian Nombor Pin UPUONLINE boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 kaunter cawangan BSN, 700 Automatic Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.