Sijil Rekabentuk Dalaman

Sinopsis Program


Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang rekabentuk dalaman selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar akan diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang rekabentuk dan hiasan dalaman. Program ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan gabungan kreatif, bentuk, fungsi bahan dan nilai estetika ke dalam ruang dalaman.

Program ini menawarkan modul teras Rekabentuk Dalaman I, Lukisan Teknikal, CADD 2D dan Bahan Binaan Dan Kemasan untuk semester 1. Modul teras bagi semester 2 merangkumi Rekabentuk Dalaman II, Lukisan Terperinci Dan Spesifikasi, CADD 3D dan Sejarah Rlamanekabentuk D Manakala modul teras bagi semester 3 pula ialah Rekabentuk Dalaman III, Anggaran Dan Kos Bahan dan Pembuatan Model. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri rekabentuk dalaman.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang rekabentuk dalaman untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut:
  1. Pembantu Perekabentuk Dalaman
  2. Pembantu Perekabentuk CADD
  3. Pembantu Perekabentuk Lukisan 3D
  4. Pelukis Pelan
  5. Jurujual perekabentuk Dalaman
  6. Jururunding Hiasan Dalaman
  7. Model Maker

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.