Sijil Perkhidmatan Logistik

Sinopsis Program


Program Sijil Perkhidmatan Logistik dibangunkan bagi membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam prinsip dan amalan pengangkutan fret, pengurusan rantaian bekalan, pengurusan operasi gudang dan pengagihan, pengurusan perolehan dan sumber serta pengurusan inventori. Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, program juga menekankan kepada pengembangan potensi pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian am dan keusahawanan.


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sijil perkhidmatan logistik yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang logistik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perkhidmatan logistik, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
  1. Penyelia Gudang.
  2. Penyelia Stor
  3. Penyelia Pengangkutan
  4. Kerani Perolehan
  5. Perunding Logistik
  6. Penyelia kargo
  7. Penyelia Pusat Pengedaran
  8. Kerani Kawalan Inventori
  9. Usahawan dalam Sektor Logistik

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.