Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda

Sinopsis Program


Program Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda ini direka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajaran dan pengajaran mengenai sistem kenderaan seperti enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu, program ini juga menawarkan kursus seperti Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, dan Teknologi Hijau.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi automotif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya sebagai:

  1. Mekanik
  2. Juruteknik servis kenderaan
  3. Penasihat servis
  4. Pengusaha bengkel servis
  5. Pengusaha bengkel tayar
  6. Pengusaha bengkel elektrik automotif
  7. Operator Pemasangan Automotif
  8. Pemeriksa Kenderaan
  9. Pengusaha E-Dagangan Automotif
  10. Pengusaha Pusat Aksesori Kenderaan
  11. Pengusaha Alat Ganti Kenderaan
  12. Pengusaha Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Tambunan

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.