Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri

Sinopsis Program


Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kompeten untuk memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur program ini merangkumi kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH), Teknologi Woksyop, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Teknologi Elektrik, Sistem Elektronik, Lukisan Terbantu Komputer (CAD 2D), Kawalan Kualiti, Pneumatik dan Hidraulik, Elektro Pneumatik dan Elektro Hidraulik, Programmable Logic Controller (PLC), Penyenggaraan Kelengkapan Industri dan Pemesinan Konvensional.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyenggaraan industri. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar terlibat dengan kejaya di dalam bidang-bidang berikut:

  1. Juruteknik Penyenggaraan Industri
  2. Jurumesin / Juruteknik Mesin
  3. Jurugegas
  4. Jurukimpal
  5. Juruteknik Automasi

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.