Sijil Operasi Perhotelan

Sinopsis Program


Program Operasi Perhotelan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang operasi hotel. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Perkembangan terkini industri hospitaliti di dalam dan luar negara.
2. Langkah-langkah tatasajian yang merangkumi beberapa servis iaitu american service, russian service dan french service.
3. Kaedah mengendalikan dan menguruskan majlis.
4. Teknik yang sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis minuman mengikut kategori.
5. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan pengemasan bilik tetamu, operasi dobi, public area dan gubahan bunga.
6. Prosedur dan teknik dalam melaksanakan penempahan bilik tetamu, tugas reception dan tugas concierge.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Operasi Hotel yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Operasi Hotel. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

Waiter / waitresses
Bartender
Food and Beverage Captain
Food and Beverage Supervisor
Chambermaid
Laundry Attendant
Laundry Supervisor
Linen Attendant
Linen Supervisor
Public Area Attendant
Public Area Supervisor
Hotel Florist
Butler
Telephone Operator
Reservation Assistant
Reservation Supervisor
Bellman
Bell Captain
Front Office Assistant
Front Office Supervisor
Night Auditor

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.