Sijil Teknologi Akuakultur

Sinopsis Program


Program Akuakultur adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang akuakultur. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. 

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Akuakultur yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Akuakultur. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Akuakultur, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut: 

Pembantu Juruteknik Akuakultur
Juruteknik Rendah Akuakultur 
Pembantu Am Akuakultur
Usahawan dalam industri Akuakultur
Penyelia

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.