Sijil Agroteknologi

Sinopsis Program


Sijil Agroteknologi telah direkabentuk untuk menjana sumber modal insan yang produktif dalam Industri Pertanian selaras dengan dasar pembangunan Industri Pertanian di Malaysia. Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan pengetahuan dan latihan praktikal seperti pembiakan tanaman, pembuatan baja, pengurusan tapak semaian dan juga pemprosesan produk hasil tanaman. Selain itu, pelajar juga dapat melaksana dan menguruskan aktiviti ladang secara berkumpulan melalui aktiviti seperti penanaman, pengurusan dan penjagaan tanaman, penuaian serta pemasaran hasil tanaman semasa dalam tempoh pengajian. Pelajar juga akan menjalani latihan industri di ladang persendirian, institut penyelidikan kerajaan atau swasta serta di industri berkaitan pengeluaran makanan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Selain kursus teras Agroteknologi, program ini juga menawarkan kursus pengajian am seperti Communicative English, Aplikasi Komputer, Keusahawanan, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Kursus am ini dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan keusahawanan yang diperlukan untuk pelajar mengharungi cabaran alam pekerjaan kelak.


Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Agroteknologi yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Agroteknologi, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Pembantu Teknikal Pertanian
Pembantu Makmal
Pembantu Am Pertanian
Pembantu Penyelidik
Penyelia Ladang
Usahawan Tani

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.