Sijil Teknologi Telekomunikasi

Sinopsis Program


Program ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terkini di dalam bidang teknologi telekomunikasi. Program ini menawarkan kursus teras seperti Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Komputer,Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Telekomunikasi, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Lukisan Elektronik Terbantu Komputer, Komunikasi Data, Rangkaian Komputer, Microcontroller di samping menekankan bidang pengkhususan. Bidang pengkhususan termasuk Teknologi Jalur Lebar dan Komunikasi Fiber Optik. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai
nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam Teknologi Telekomunikasi dan keusahawanan. Merupakan program yang menekankan pembelajaran secara praktikal,graduan program bersedia untuk menempuhi cabaran dalam dunia teknologi telekomunikasi.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang telekomunikasi yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:

  1. Juruteknik Telekomunikasi
  2. Sales Assistant Support (bidang telekomunikasi)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Ampang

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.