Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot

Sinopsis Program


Program Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah melukis lukisan asas geometri dan menghasilkan reka bentuk berbantu komputer 2D dan 3D.
2. Penghasilan perabot luaran merangkumi pengenalan kayu, pengeringan dan pengawetan, pemesinan serta pembuatan perabot luaran.
3. Penghasilan perabot dalaman merangkumi pemprosessan kayu, pembuatan perabot luaran serta kemasan dan perekat.
4. Melakar motif ukiran tangan separuh tembus dan tebuk tembus.
5. Menghasilkan ukiran CNC merangkumi simulasi CNC, memindah arahan kerja CNC, mengukir ukiran berbantu CNC dan membuat kemasan ukiran CNC.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Pelukis Pelan Perabot
Pereka Bentuk Perabot
Juruteknik Mesin Perabot
Operator Pengeluaran dan Kawalan Mutu Perabot
Pengukir
Usahawan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.