Sijil Khas Jahitan Kreatif

Sinopsis Program


Program Sijil Khas Jahitan Kreatif direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri jahitan kreatif. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin iaitu Asas Pengendalian Mesin Jahit, Asas Lukisan, Asas Sampel Fabrik, Asas Fabrik Tekstil, Asas Langsir Standard, Asas Langsir Eyelet, Hiasan Dalaman, Set Cadar, Hiasan Sulaman Benang/Manik, Jahitan Kreatif Felt, Jahitan Kreatif Bahan Terpakai Tekstil dan Jahitan Kreatif. Kursus Wajib yang ditawarkan bagi program ini adalah Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral, Asas Komunikasi, KoKurikulum dan Asas Keusahawanan. Kursus Elektif turut ditawarkan dengan dua pilihan kursus iaitu Pengurusan Diri atau Khidmat Komuniti. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan dunia kerjaya yang sebenar. Latihan industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang jahitan kreatif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
  • Tukang jahit
  • Pembantu butik
  • Pembantu pereka
  • Usahawan

Syarat Kemasukan


Pelajar berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
  3. Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
  4. Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.