Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)

Sinopsis Program


Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) dibentuk untuk melahirkan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam sub-bidang oleokimia, lemak dan minyak ,dan teknologi kimia serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan lemak dan minyak serta pendidikan oleokimia di peringkat separa professional untuk memenuhi tuntutan kedua-dua sector awam dan swasta. Matlamat program ini adalah untuk melengkapkan graduan masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak), serta kemahiran pengurusan dalam persekitaran perniagaan untuk membina kerjaya mereka dalam sektor berkaitan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan serta pendidikan siswazah dan pembelajaran sepanjang hayat.Setiap kursus yang dibentuk adalah mengikut kehendak industry dimana graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.Program ini direka dan ditanda aras dengan badan-badan profesional yang berkaitan di Malaysia, iaitu Institut Kimia Malaysia (IKM), Persatuan Saintis Oil Malaysia dan Teknologis (Mosta) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sector pekerjaan seperti institusi pendidikan, pusat penyelidikan, sector kerajaan contohnya Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, dan sector swasta seperti industry makanan, industry oleokimia, industry pemprosesan minyak ,industry pembungkusan dan syarikat bioteknologi.

Prospek Kerjaya


  • Penolong Pegawai Pemprosesan Oleokimia (Lemak Dan Minyak)
  • Penolong Pegawai Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
  • Penyelia Kosmetik Dan Kelengkapan Peribadi (Toiletries)
  • Penolong Pegawai Penyelidik (Research Assistant)
  • Juruteknik Dalam Pemprosesan Dan Unit Operasi
  • Penolong Juteran Pelaksanaan (Procurement)
  • Penyelia Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
  • Penolong Pegawai Kawalan Mutu Makanan
  • Penolong KawalanKualiti (Quality Control)
  • Penolong Analisis Makanan
  • Penolong Jurutera Projek
  • PenolongFarmaseutikal
  • Eksekutif Pengeluaran
  • Penyelia Makmal
  • Usahawan
  • Pemasaran


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM

* Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.