Diploma Pemasaran

Sinopsis Program


Diploma Pemasaran melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas serta pemahaman teknikal yang kukuh dalam bidang pemasaran.   Ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam melaksanakan tugas pemasaran seperti menyedia dan menyelia campuran pemasaran, menganalisis kelakuan pengguna, mengkaji pasaran, mengolah dan meyampaikan idea dan strategi, mengaturacara dan pameran produk. Pelajar juga diberi pengetahuan asas dalam bidang perniagaan termasuk pengurusan, perakaunan, ekonomi, keusahawanan, pengiklanan, statistik, peruncitan, perundangan, pemasaran digital dan teknologi.  Kemahiran penggajian seperti komunikasi, kepimpinan, pemikiran kreatif dan kritis serta keyakinan diri ditingkatkan melalui kursus Bahasa Inggeris dan aktiviti pelajar. Aspek-aspek insaniah ditekankan melalui kursus agama dan moral bagi melahirkan insan yang seimbang.

Kajian kes dan projek berkumpulan memfokuskan kepada kemahiran analisis dan menilai pasaran,  penentuan pasaran, membuat keputusan serta menyedia pelan pemasaran bersepadu.  Latihan industry selama enam bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka ke alam pekerjaan.


Prospek Kerjaya


Graduan  Diploma Pemasaran mempunyai banyak pilihan kerja di syarikat tempatan dan multinasional dalam pelbagai industry menarik termasuk logistik, hospitaliti, kewangan dan insurans, telekomunikasi, peruncitan dan pemborongan, pengiklanan, dan organisasi media. Bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah:

Pemasaran dan jualan
Pengiklanan dan Promosi
Perkhidmatan Pelanggan
Penyelidikan Pemasaran
Penjenamaan
Pengurusan Acara



Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasaran
 Sijil Pemprosesan Data
 Sijil Pengajian Perniagaan
 Sijil Penyimpanan Kira
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Dandanan Rambut
 Sijil Pengkeranian Akaun
 Sijil Pengoperasian Perniagaan
 Sijil Perakaunan
 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Agriculture & Agro Based Product Sales & Marketing (AF-015-3:2013)
 ASSISTANT CHIEF CASHIER (DT-011-3)
 MARKETING SUPERVISOR (FOOD DISTRIBUTION) (Y-090-3)
 Operasi Jualan & Pemasaran (FB-018-3:2012)
 Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
 Operasi Pembelian ( Jualan Borong) (DT-021-3:2012)
 Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
 Operasi Peruncitan (Jabatan) (DT-010-3:2014)
 Perkhidmatan Pengiklanan & Promosi (FB-019-3:2012)
 Perkhidmatan Sokongan Pentadbiran SME (FB-050-3:2014)
 Perkhidmatan Sokongan Perhubungan Awam (FB-051-3:2014)
 SALES SUPERVISOR (DT-010-3)
 SALES SUPERVISOR (FOOD DISTRIBUTION) (Y-070-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.