Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) di Politeknik Seberang Perai merupakan satu – satunya program mekanikal yang dibangunkan menjurus kepada bidang kerjuruteraan tekstil. Dengan tempoh pembelajaran selama enam semester, kursus – kursus berkaitan teori asas kejuruteraan dengan pendedahan terhadap latihan praktikal diberikan oleh pensyarah yang berkepakaran dalam bidang untuk membantu pelajar sentiasa memahami konsep utama mekanikal tekstil melalui pelbagai kaedah pembelajaran terkini. Struktur utama kursus – kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah tertumpu kepada aspek utama Kejuruteraan Mekanikal secara amnya dan kejuruteraan tekstil secara khusus. Program ini juga membolehkan pelajar mendalami pelbagai peringkat pemprosesan tekstil yang bermula dari teknologi serat, hingga teknik penghasilan fabrik yang merupakan pengetahuan asas teknologi tekstil kepada pelajar.Selain itu, rekabentuk struktur fabrik, pewarnaan, kemasan tekstil, pengujian tekstil serta teknologi hijau dalam  pemprosesan tekstil juga diberikan penekanan agar melengkapi keperluan industry secara mampan. Revolusi industry tekstil kini mendorong perkembangan program ini dengan menitikberatkan keperluan teknologi terkini yang diperlukan oleh industry semasa,melalui pendedahan terhadap pelajar dalam industry tekstil perubatan, geotekstil, tekstilteknikal, tekstil komposit serta pengaplikasian industri 4.0 dalam industry tekstil, bakal dilihat mampu member kelebihan terhadap graduan kelahiran program ini untuk terus bersaing. Aspek kemahiran yang diperlukan untuk menilai kualiti fabric dan penggunaan pelbagai rekabentuk fabric mengikut pasaran semasa juga diterapkan dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta menjadi nilai tambah kepada pelajar. Dengan penawaran kursus yang relevan dan terkini, program ini bakal menghasilkan pelajar cemerlang yang holistic serta kompeten dalam memenuhi keperluan industry serta dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan seperti penyelia kawalan kualiti tekstil, penyelia teknikal, penyelidik sains tekstil, juruteknik makmal dan mesin tekstil, ahli kimia tekstil, dan usahawan digital dalam bidang tekstil yang sentiasa mengamalkan pemikiran yang dinamik dan kritis serta melahirkan pekerja yang mampu menghadapi cabaran globalisasi industry tekstil dunia.

Prospek Kerjaya


Penyelia kawalan kualiti tekstil
Penyelia teknikal tekstil
Penyelidik sains tekstil
Juruteknik makmal dan mesin tekstil
Ahli kimia tekstil
Usahawan digital tekstil
Penolong jurutera
Teknokrat tekstil


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejuk Bekuan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Mekanikal Pembuatan
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
 Sijil Teknologi Kimpalan
5Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
 Industrial Sewing Machine Maintenance Supervision (K-030-3)
 Penyeliaan Operasi Makmal Tekstil (TA-013-3:2014)
 Penyeliaan Penyelenggaraan Mesin Jahit Industri (TA-014-3:2014)
 Textile Laboratory Operation Supervision (K-050-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.