Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (WBL)

Sinopsis Program


Program ini direka bentuk untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang teknologi semasa dalam bidang solar fotovoltan di mana pelajar didedahkan dengan kemahiran dan pengetahuan terkini. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2. Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik
3. Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal dan Tiga Fasa
4. Asas Elektrik, Asas Elektronik dan Sistem Bekalan Kuasa Elektrik
5. Reka bentuk Terbantu Komputer dan Kemahiran Penyeliaan

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Solar Fotovoltan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

  • Juruteknik Solar Fotovoltan
  • Pembantu Perekabentuk Sistem Solar Fotovoltan
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruelektrik
  • Usahawan

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak buta warna dan cacat anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali.
  3. Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut:

    1. Sijil Teknologi Elektrik
    2. Sijil Pemasangan Elektrik
    3. Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)
1Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasangan Elektrik
 Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
 Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
 Sijil Teknologi Elektrik
 Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan dan Perkhidmatan
 Sijil Teknologi Maklumat
 Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
 Sijil Teknologi Telekomunikasi

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Segamat 2

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.