Sijil Khas Kulinari

Sinopsis Program


Program Sijil Khas Kulinari direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja sektor kulinari. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin iaitu Pengenalan kepada Asas Kulinari,Sanitasi dalam Perkhidmatan Makanan, Penyediaan Masakan Barat, Asas Kuih Tradisional, Asas Pastri, Snek dan Kudapan, Penyediaan Masakan Malaysia, Asas Bakeri, Produksi Makanan, Asas Ukiran Buah dan Sayur, Penyediaan Masakan Asia dan Operasi Kafe. Pelajar wajib mengambil Kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Aplikasi Komputer, Asas Komunikasi, Kokurikulum dan Keusahawanan. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang kulinari.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kulinari. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:  
  • Commis
  • Pembantu Penyelia Perkhidmatan Makanan
  • Pembantu Penyelia Restoran
  • Pengusaha Makanan
  • Usahawan kecil & sederhana (SME)
  • Krew Restoran Makanan Segera

Syarat Kemasukan


Pelajar berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
  3. Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
  4. Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Selayang

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.