Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal
Sinopsis Program
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN PENGURUSAN HALAL telah dibangunkan untuk melahirka n graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan Halal dalam usaha untuk memenuhi peningkatan permintaan di industri Halal, sector kerajaan dan juga untuk menjadi usahawan dalam bidang industry makanan Halal. Struktur program member tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan Mutu Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Prinsip & Amalan Halal, Sistem Pengurusan Halal, Audit Halal, Pensijilan Halal, Keperluan Perundangan Halal dan kursus elektif.Graduan juga akan memiliki Sijil Eksekutif Halal yang diiktiraf JAKIM.
Prospek Kerjaya
Para graduan berpeluang untuk
mendapat pekerjaan dalam beberapa sector pekerjaan seperti institusi pendidikan,
industry makanan, syarikat-syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sector kerajaan
contohnya Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar,
Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Manusia dan sector swasta
seperti industry makanan, rangkaian makanan segera, hotel, restoran, industrioleo
kimia, industry pengeluaran dan industry pembungkusan. Pekerjaan yang berpotensi termasuklah:
- Penolong
Pengurus/Eksekutif Pengeluaran
- Ahli
Jawatankuasa Halal
- Auditor/Penolong
Auditor Halal
- Instruktor/Jurulatih
Kursus Halal
- Eksekutif
Halal
- Koordinator
Halal
- Penolong
Pengurus/Eksekutif Kawalan Kualiti
- Penolong
Pengurus/Eksekutif/Penyelia Jaminan Mutu
- Ketua
Auditor/Auditor/Auditor Dalaman QMS
- Penolong
Penganalisa/Teknologi Makanan
- Penolong
Pegawai Penyelidik
- Usahawan
- Penolong
Pengurus/Eksekutif Operasi
- Pengurus/Penolong
Pengurus/ Eksekutif Restoran/Outlet Manager
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU(1) kredit dalam mana-mana matapelajaran; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Makanan |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan |
| Sijil Pemprosesan Makanan Komersil |
3 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| Juruteknik Kanan Makmal Analitikal (BT-022-3) |
| Juruteknik Kanan Makmal Bioteknologi Umum (BT-020-3) |
| Juruteknik Kanan Makmal Kultur (BT-021-3) |
| Pengeluaran Makanan (AF-018-3:2014) |
| Penyediaan & Pembuatan Makanan (HT-012-3:2012) |
| Penyelia Bioproses (BT-041-3) |
| Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan (Y-040-3) |
| Penyeliaan dan Operasi Makanan Segera (HT-031-3:2016) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas