Diploma Sistem Maklumat Perniagaan

Sinopsis Program


Diploma Sistem Maklumat Perniagaan menyediakan pelajar secara menyeluruh tentang kepentingan system maklumat perniagaan di dalam organisasi. Program ini menyediakan pemahaman yang jelas kepada pelajar mengenai pesekitaran perniagaan yang meliputi aspek perakaunan, ekonomi, keusahawanan, sumber manusia, pengurusan, pemasaran dan sains keputusan. Bidang utama  di dalam system maklumat perniagaan ialah e-Dagang, Sistem Sokongan Keputusan, Pengurusan Projek, Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Pengurusan Rantaian Pembekalan, Pembangunan Aplikasi Perniagaan dan Komunikasi Data Perniagaan. Pelajar juga dilengkapi pelbagai kemahiran mengenai penggunaan system maklumat perniagaan melalui pengajaran dan pembelajaran yang inovatif khususnya untuk menganalisis maklumat perniagaan dalam pembangunan pangkalan data. Kemahiran ini membolehkan pelajar mengenalpasti masalah, menganalisis data, membuat keputusan dan mewujudkan sistem maklumat perniagaan dengan lebih kompeten.


Prospek Kerjaya


Graduan program Diploma Sistem Maklumat Perniagaan akan memulakan kerjaya sebagai:

Pembangun/ Pengaturcara Web
Pengaturcara Aplikasi
Pembantu Sistem Analisis
Pembantu Perunding IT
Pembantu Pembangun Pangkalan Data
Penolong Pentadbir Pangkalan Data
Penganalisis Pengurusan
Pembantu Data Analisis
Pembantu Sistem Komputer Analisis
Penganalisis Perniagaan
Pembangun Aplikasi Perniagaan
Usahawan Digital
Eksekutif Perniagaan
Eksekutif Pentadbiran
Perancang Perniagaan
Eksekutif Pemasaran Junior


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Matematik
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Perdagangan
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasaran
 Sijil Pemprosesan Data
 Sijil Pengajian Perniagaan
 Sijil Penyimpanan Kira
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Pengkeranian Akaun
 Sijil Pengoperasian Perniagaan
 Sijil Perakaunan
 Sijil Perakaunan Perniagaan
 Sijil Perkhidmatan Logistik
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 E-ADMINISTRATOR (M-050-3)
 INFORMATION SYSTEM ADMINISTRATIVE SUPERVISOR (IT-080-3)
 Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:)
 Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.