Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Sinopsis Program


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia direka untuk meliputi disiplin yang luas dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan subjek pengkhususan tambahan dalam Bidang Kejuruteraan Automotif. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, “Workshop Technology, Computer Aided Design”, Thermodinamik, Mekanik Bendalir, Sains Bahan, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal 1, Teknologi Elektrik dan “Strength of Material”. Kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Automotif, Amalan Bengkel Kejuruteraan Automotif, Automotif Elektrik dan Elektronik, Enjin Pembakaran Dalaman, “Vehicle Dynamic, Workshop service Management” dan Projek Akhir. Kursus teras pula termasuk dalam program ini ialah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus-kursus wajib yang ditawarkan termasuk Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Komunikasi Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum akan memberikan pelajar kemahiran interpersonal dan profesionalisme ke arah kerjaya mereka.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Bidang Kejuruteraan Automotif yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri Mekanikal dan Automotif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja/ kerjaya sebagai:

• Penyelia Kilang
• Pasukan Penasihat Perkhidmatan
• Pengurus Servis
• Penolong Pengurus Servis
• Penyelia Bengkel
• Pegawai Eksekutif Jualan
• Penasihat Perkhidmatan Servis
• Pegawai Perkhidmatan Selepas Jualan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Kimia dan Proses
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejuk Bekuan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Automotif
 Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
 Sijil Servis Kenderaan Ringan
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Automotif Komersil
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Elektronik)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Jentera Berat)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Komersial)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
 Sijil Teknologi Kimpalan
5Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
 Able Seafarer Engine
 Automobile Assembly Supervisor (P-075-3)
 AUTOMOBILE ENGINE ASSEMBLER (P-073-3)
 AUTOMOBILE PAINTING SUPERVISOR (TP-412-3)
 AUTOMOBILE TRIM & FINAL LINE SUPERVISOR (TP-410-3)
 AUTOMOTIF-SERVIS SELEPAS JUALAN
 Automotive Air-Conditioning Technician (P-120-2:)
 COMMERCIAL TRANSPORT OPERATIONS SUPERVISOR (P-200-3)
 Fabrikator Sukan Bermotor (TP-120-3)
 Juruteknik Kanan Kelengkapan Tolak Tanah
 Juruteknik Kenderaan Motor
 Juruteknik Kenderaan Perdagangan (P-030-3:)
 JURUTEKNIK PENYEMBURAN CAT AUTOMOTIF (P-050-3)
 Juruteknik Sukan Bermotor (2 Tayar) (TP-119-3)
 Juruteknik Sukan Bermotor (4 Tayar) (TP-301-3)
 Juruteknik Sukan Bermotor (Elektrik & Elektronik) (TP-302-3)
 MOTORCYCLE BODY ASSEMBLING SUPERVISOR (TP-510-3)
 Operasi Pemasangan Motosikal (TP-510-3:2013)
 Operasi Pengemasan & Pengecatan Automotif (TP-412-3:2013)
 Pemasang Sistem Gas Asli Kenderaan (P-116-2:)
 Pemasangan & Pengubahsuaian Aksesori Kereta (TP-034-3:2014)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Penyamanan Udara Kenderaan Komersial (TP-122-3:2013)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Gas Asli Kenderaan (TP-303-3:2012)
 Pemasangan Enjin Automotif (TP-414-3:2013)
 Penasihat Tuntutan Kenderaan Kemalangan (TP-110-3)
 Pengetukan Panel Kenderaan (TP-311-3:2013)
 Penyelenggaraan Marin Mekanikal
 Penyelia Aksesori Automatif (P-092-3)
 Penyelia Juruteknik Motosikal (P-118-3:)
 Penyelia Pemasangan Badan Automobil (TP-411-3)
 Penyelia Pemasangan Enjin Motosikal (TP-512-3)
 Penyelia Pengetuk Panel Kenderaan (P-090-3:)
 Penyelia Pengetuk Panel Kenderaan (P-091-3 :)
 Penyelia Perapian Badan Kenderaan Penumpang (TP-031-3)
 Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat (TP-330-3:2014)
 Penyemburan Cat Automotif (TP-306-3:2012)
 Perkhidmatan Diagnosis-EEV-Sistem Hybrid (TP-332-3:2014)
 Perkhidmatan Pelanggan Bengkel (TP-304-3:2012)
 Servis & Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (TP-307-3:2012)
 Servis & Penyelenggaraan Motosikal (TP-118-3:2012)
 Servis Penyamanan Udara Automotif (TP-121-3:2012)
 TP-300-3 : Juruteknik Kanan Kenderaan Motor (Motor Vehicle Senior Technician)
 Trim & Final Automotif (TP-410-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.