Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Sinopsis Program


Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah direkabentuk meliputi pelbagai disiplin semasa yang luas dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar turut didedahkan dengan Asas Elektrik dan Elektronik yang luas merangkumi Prinsip Elektrik dan Elektronik, Asas komputer dan Pengaturacaraan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Komunikasi, Pemasangan Pendawaian, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik dan Pengawal Logik Boleh Aturcara. Pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai;
  • Juruteknik Elektrik/ Eletronik
  • Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Eletkrik
  • Pembantu Teknik
  • Penyelia Elektrik/ Elektronik Kejuruteraan
  • Penolong Jurutera

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    3. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
  3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
 Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
 Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasangan Elektrik
 Sijil Teknologi Elektrik
 Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)
 Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
 Sijil Teknologi Telekomunikasi
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Elektrik
 Sijil Teknologi Elektrik
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Elektronik)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik
5Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 *Perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
 Juruteknik Kanan Buffer Storage (EE-050-3)
 Juruteknik Kanan Elektronik Industri - Peralatan (E-011-3:)
 Juruteknik Kanan Elektronik Industri (EE-010-3 :)
 Juruteknik Kanan Embedded System (Rekabentuk) (EE-060-3:)
 Juruteknik Kanan Interference/Electromagnetic Compatability (EMI/EMC) (Rekabentuk) (EE-080-3)
 Juruteknik Kanan Keselamatan (Rekabentuk) (EE-110-3)
 Juruteknik Kanan Paparan Elektronik Optikal (Rekabentuk) (EE-070-3:)
 Juruteknik Kanan Pemprosesan Isyarat Digital (Rekabentuk) (EE-104-3:)
 Juruteknik Kanan Pengurusan Kuasa Elektronik Pengguna (Rekabentuk) (EE-100-3:)
 Juruteknik Kanan Program Logik (EE-103-3:)
 Juruteknik Kanan Teknologi Sensor (EE-102-3)
 Juruteknik Semikonduktor (EE-020-3:)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa (EE-320-3:2012:)
 Pencantum Kabel Voltan Tinggi (EE-300-3:)
 Pengeluaran Pemasangan Semikonduktor (EE-020-3:2013)
 Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik (EE-021-3:2012:)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.