Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar

Sinopsis Program


Program pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang kejuruteraan alam sekitar. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak kajian berkaitan dengan skop kerja di dalam penjagaan da npemuliharaan alam sekitaryang merangkumi aspek punca dan kesan pencemaran, kaedah mengenal pasti punca dan teknik pemuliharaan, kajian dan eksperimen, undang-undang dan peraturan pihak autoriti, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesejahtaraan kehidupan manusia serta penjagaan kualiti alam sekitar.Kursus-kursus yang ditawarkan berupaya mempersiapkan pelajar untuk memenuhi pasaran kerja dalam pelbagai laluan dalam bidang sains dan teknologi berkaitan kejuruteraan alam sekitar seperti pemprosesan air mentah dan pembekalan air bersih, pemprosesan air sisa, pengurusan bahan buangan sisa pepejal, kitar semula bahan sisa buangan dan kajian masalah pencemaran air, udara dan kebisingan.  Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.


Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar adalah seperti berikut:
  • Penolong Pegawai Alam Sekitar
  • Penolong Pegawai Kesihatandan Keselamatan
  • Penolong Pegawai Kawalan Kualiti Alam Sekitar
  • Pembantu Teknik
  • Penyelia Tapak
  • Juruteknik Makmal
  • Penolong Penyelidik
  • Kontraktor KebersihanKawasan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. 6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 DISTRIBUTION SENIOR TECHNICIAN (RB-040-3)
 Juruteknik Kanan Instrumentasi Agihan Air (CM-020-3)
 Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur (B-040-3)
 Pengukuran Data Audit Tenaga (LE-030-3:2012)
 Penyelia Paip & Kumbahan (PNS3)
 Penyelia Rektikulasi Air (PWR3)
 Penyeliaan Kemudahan Sisa Pepejal (LE-037-3:2014)
 Penyeliaan Operasi Bahan Buangan Berkala (LE-036-3:2013)
 Penyeliaan Operasi Pembersihan Awam (LE-033-3:2012)
 Penyeliaan Operasi Pengumpulan Sisa Pepejal (LE-031-3:2012)
 Penyeliaan Operasi Rawatan Air (CM-060-3:2014)
 Penyeliaan Operasi Sistem Rawatan Efluen Industri (LE-035-3:2013)
 Penyeliaan Pengagihan Air (CM-021-3:2014)
 Penyeliaan Rawatan Kumbahan (CM-031-3:2014)
 Penyeliaan Sistem Kawalan Pencemaran Udara Indusri (LE-038-3:2014)
 Sewerage Civil and Structure Supervisor (SWC3)
 WASTE WATER TREATMENT SUPERVISOR (RB-030-3)
 WATER TREATMENT PLANT SENIOR TECHNICIAN (RB-060-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.