Pra Diploma Perdagangan
Sinopsis Program
Program Pra Diploma merupakan program yang dilaksanakan untuk memberi peluang kepada calon yang tidak memenuhi kelayakan minimum peringkat diploma untuk mengikuti pengajian di Politeknik di samping memberi peluang kedua kepada calon untuk merebut peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.
Laluan ke Program Diploma di Politeknik
Pelajar yang menamatkan pengajian Pra Diploma Perdagangan boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Pemasaran
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Diploma Perniagaan Antarabangsa
- Diploma Sains Kesetiausahaan
- Diploma Pengurusan Peruncitan
- Diploma Keusahawanan (WBL)
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
- Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
- Diploma Kewangan Islam
- Diploma in Retail Operations Management (WBL)
Syarat Kemasukan
Tempoh Pengajian : 6 Bulan (1 semester)
Syarat AmProgram
Mengubah Destini Anak India Malaysia:
- Warganegara Malaysia berbangsa India
- Umur tidak melebihi 23 tahuan semasa memohon
- Sihat tubuh badan
- Pendapatan keluarga atau isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan
- Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain
Program
Mengubah Destini Warga Felda Malaysia:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 23 tahun semasa memohon
- Sihat tubuh badan
- Pendapatan keluarga atau isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan
- Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain
- Pemohon terdiri dari:
- Anak atau cucu peneroka
- Anak pentadbir Felda
- Anak kakitangan Felda sahaja (bukan anak kakitangan syarikat)
Program
Menggilap Impian Anak Muda:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Pendapatan keluarga atau isi rumah kurang daripada RM 3,000 sebulan
- Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain
Syarat Khas Program- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran serta memenuhi syarat minimum berikut:
- Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Matematik / Matematik Tambahan
kembali ke atas