Diploma Teknologi Media Cetak (WBL)
Sinopsis Program
Program Diploma Teknologi Media cetak dijalankan selama tiga tahun.Program ini member penekanan kepada kemahiran praktikal yang merangkumi teknologi percetakan terkini yang bersesuaian dengan industry percetakan di Malaysia.Program ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman, cabaran serta merangsang mereka dalam membangunkan pelbagai kemahiran praktikal, pekerjaan, akademik dan sahsiah dalam disiplin berkaitan percetakan. Matlamat program adalah untuk menyediakan pelajar ke dunia pekerjaan di dalam bidang percetakan mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Graduan program ini akan dibekalkan dengan pengetahuan asas bidang rekabentuk, kemahiran dan sikap profesional. Program ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta amalan-amalan baik di dalam industry percetakan.Kerjasama berpasukan dan kemahiran interaksi yang berkesan akan diterapkan dalam budaya kerja untuk menyediakan pelajar ke dunia pekerjaan sebenar. Pelajar dapat menyelesaikan perkara berkaitan tugas secara kreatif kepada pelanggan dengan ilmu keusahawanan yang cekap.
Prospek Kerjaya
Diploma Teknologi Media Cetak menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersepadu di dalam bidang teknologi percetakan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industry percetakan.Pelajar juga boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dalam kerjaya-kerjaya berkaitan industry percetakan ini.
• Prepress Technician (Preflight Technician)
• Prepress Quality Controller
• Assistant Desktop Publisher/ Editor
• Digital Application Assistant
• Print Production Assistant or Supervisor
• Printing Scheduler
• Printing Operator/Assistant/Printer
• Prepress/Printing Entrepreneur
• Printing Estimator
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA(3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu SVM 1104 dan PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00 dan PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional dan lulus mata pelajaran Sejarah 1251;
ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan |
| Sijil Teknologi Maklumat |
2 | Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM |
| Sijil Rekabentuk Grafik |
3 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| CORRUGATED FLEXOGRAPHIC SUPERVISOR (F-100-3) |
| DIGITAL PRINTING SUPERVISOR (DIRECT IMAGING) (F-070-3) |
| EKSEKUTIF REKAAN GRAFIK (F-031-3) |
| Flexoprint (Corrugated) Production (PR-026-3:2014) |
| Kewartawanan (EE-141-3:2014) |
| Narrow Web Printing Supervisor (PR-022-3) |
| Pembantu Editorial (PR-025-3) |
| Pengeluaran `Post-Press` (PR-021-3:2014) |
| Pengeluaran Litografi Ofset (PR-023-3:2012) |
| Penyelenggaraan Mesin Percetakan Mekanikal (PR-027-2:2014) |
| Penyelia Percetakan (Elektrik/Elektronik) (F-060-3) |
| Penyelia Percetakan Digital (NIP) (F-090-3) |
| PENYELIA PERCETAKAN LITHOGRAPHY (F-022-3) |
| Penyelia Pra-Cetak (PR-010-3) |
| Penyeliaan & Pengeluaran Percetakan Digital (PR-020-3:2014) |
| Perkhidmatan Sokongan Penerbitan (EE-142-3:2014) |
| POST-PRESS SUPERVISOR (PR-021-3) |
| PRINTING SUPERVISOR (MECHANICAL) (F-050-3) |
| Rekaan Grafik (PR-024-3:2012) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas