Semakan Syarat Kelayakan Kemasukan ke Politeknik & Kolej Komuniti

 

Semakan syarat kelayakan kemasukan ke program Politeknik dan Kolej Komuniti DIBUKA

Borang Permohonan Kemasukan (Lepasan SPM/ Sijil/ Setaraf)

 

Permohonan Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026. DIBUKA

Cetakan Surat Tawaran Sesi II 2025/2026 (Sesi Disember 2025)

 

Calon yang telah mendapat tawaran ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Sesi II 2025/2026. DIBUKA

Borang Permohonan Kemasukan (Laluan Asimilasi)

 

Permohonan Kemasukan ke Diploma Politeknik dan Diploma Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026. AKAN DIBUKA

1. PERMOHONAN LALUAN ASIMILASI KE PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II : 2025/2026 BAGI PELAJAR SIJIL KOLEJ KOMUNITI BAHARU

  • Permohonan laluan asimilasi kemasukan ke Program Diploma Politeknik dan Kolej Komuniti dibuka kepada pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti yang sedang menjalani latihan industri pada Sesi I : 2025/2026.
  • Permohonan boleh dibuat mulai 12 November 2025 jam 5.00 petang sehingga 12 Disember 2025 jam 5.00 petang melalui pautan  Borang Laluan Asimilasi

2. SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA DAN PENGHANTARAN PORTFOLIO BAGI PERMOHONAN PROGRAM BERTEMUDUGA BAGI AMBILAN SESI II : 2025/2026 BAHARU

  • Pemakluman kepada calon yang memohon program bertemuduga iaitu Diploma in Mobile Technology, Diploma in Telecommunication Technology, Diploma in Rail Signalling And Communication Technology, Diploma In Patisserie, Diploma Terapi Kecantikan, Diploma Kejuruteraan Perkapalan, Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Industri, Diploma Reka Bentuk Fesyen, Sijil Seni Visual Kreatif, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Sijil Animasi 3D, Sijil Animasi 2D dan Sijil Fesyen dan Pakaian.
  • Proses saringan akan dilaksanakan melalui kaedah temuduga atau penghantaran portfolio bermula 10 hingga 21 November 2025.
  • Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 3 November 2025 jam 5.00 petang melalui pautan  Semakan Temuduga
  • 3. HEBAHAN PEMAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA, SIJIL, SIJIL KHAS KEMAHIRAN (OKU) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2025/2026 (KEMASUKAN SESI DISEMBER 2025) MELALUI EBORANG MYPOLYCC BAHARU

  • Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan Sijil Politeknik/ Sijil Kolej Komuniti/ lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)/ lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)/ lulusan Sijil Pertanian Malaysia (Institut Pertanian Malaysia), lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3), lepasan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional), lepasan Sekolah Pendidikan Khas dan pemilik pensijilan APEL.A.
  • Permohonan boleh dibuat bermula 25 September 2025 (Khamis) jam 5.00 Petang melalui pautan  DIBUKA
  • 4. CETAKAN SURAT TAWARAN BAGI CALON YANG TELAH MENERIMA TAWARAN PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2025/2026 BAHARU

  • Calon yang telah mendapat tawaran ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Sesi II 2025/2026 (Kemasukan Disember 2025) boleh membuat pengesahan setuju terima dan cetakan surat tawaran rasmi mulai Khamis, 25 September 2025 jam 5.00 petang. Tarikh cetakan yang dijadualkan pada 18 September 2025 telah ditunda kepada 25 September 2025. Cetakan boleh dibuat melalui pautan SEMAKAN
  • 5. PEMAKLUMAN PEMAKAIAN SYARAT BAHARU PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN POLITEKNIK BERKUAT KUASA SESI II 2025/2026  BAHARU

  • Pemakaian syarat kemasukan baharu bagi kategori lepasan SPM bagi 9 program kejuruteraan di bawah Engineering Technician Education Programme Accreditation Standard 2024 (ETAC) ini adalah selaras dengan ketetapan Engineering Technician Education Programme Accreditation Standard 2024.
  • Syarat kelayakan minimum permohonan adalah lulus mata pelajaran Matematik peringkat SPM serta memiliki sekurang-kurangnya tiga kepujian termasuk satu mata pelajaran daripada kumpulan sains/teknikal/vokasional.
  • Pelajar yang ditawarkan perlu mengikuti satu kursus pengukuhan Matematik dengan jayanya pada semester pertama sebelum dibenarkan untuk meneruskan pengajian peringkat diploma.
  • Senarai program kejuruteraan yang terlibat adalah seperti berikut:
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
    • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Perindustrian)
    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik Perindustrian)
    • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
    • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
    • Diploma Senibina Kapal
  • 5. PERMOHONAN KEMASUKAN BAHARU BAGI PERSIJILAN MICRO-CREDENTIALS KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2025/2026  BAHARU

    Permohonan kemasukan persijilan Micro-Credentials    MOHON

    • Micro-credentials ditawarkan di 11 Kolej Komuniti iaitu :
      • Kolej Komuniti Bandar Penawar
      • Kolej Komuniti Pasir Gudang
      • Kolej Komuniti Pagoh
      • Kolej Komuniti Gerik
      • Kolej Komuniti Batu Gajah
      • Kolej Komuniti Manjung
      • Kolej Komuniti Selayang
      • Kolej Komuniti Bukit Mertajam
      • Kolej Komuniti Temerloh
      • Kolej Komuniti Rembau
      • Kolej Komuniti Kuala Terengganu Cawangan Kuala Nerus
    • Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian berikut:📱 03-88885625 (whatsapp sahaja) atau email ke ✉ jppkk.ambilan@mohe.gov.my


    Ambilan Pelajar Sesi II 2025/2026 (Kemasukan Disember 2025)

    Program Diploma, Sijil dan Sijil Khas Kemahiran (OKU) Politeknik dan Kolej Komuniti
    Saluran eBorang MyPOLYCC
    Borang Permohonan dibuka25 September 2025
    Tawaran Awal I9 Oktober 2025
    Tawaran Awal II23 Oktober 2025
    Semakan Panggilan Program Bertemuduga 03 November 2025
    Sesi temuduga10 - 21 November 2025
    Semakan Keputusan dan Cetakan Surat Tawaran 27 November 2025
    Permohonan Rayuan dibuka 27 November 2025
    Pendaftaran Pelajar Baharu28 / 29 Disember 2025
    Maklumat lanjut:
     
    Diploma Politeknik & Kolej Komuniti
    Saluran Asimilasi
    Borang Permohonan dibuka12 November 2025
    Borang Permohonan ditutup12 Disember 2025
    Semakan Keputusan dan Cetakan Surat Tawaran08 Januari 2026
    Pendaftaran Pelajar Baharu12 Januari 2026
    Maklumat lanjut:
     
    Sarjana Muda Politeknik
    Saluran eBorang MyPOLYCC
    Borang Permohonan dibuka4 Jun 2025
    Borang Permohonan ditutup4 Julai 2025
    Semakan Panggilan Temuduga11 Julai 2025
    Sesi Temuduga21 - 25 Julai 2025
    Semakan Keputusan Permohonan29 Ogos 2025
    Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka29 Ogos 2025
    Pendaftaran Pelajar Baharu29 September 2025
    Maklumat lanjut:
    Tarikh Kemaskini: 23 September 2025.
    *Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

    Fakta Ringkas



    Bilangan Politeknik

    36



    Bilangan Kolej Komuniti

    106


    Enrolmen Terkini


    Politeknik

    75,654


    Kolej Komuniti

    18,232



    Enrolmen Pelajar POLYCC

    93,886


    Data sehingga 31 Mac 2025
    Sumber: MyMoheS

    Kenapa Politeknik & Kolej Komuniti menjadi pilihan?


    Institusi milik penuh Kerajaan


    Program pengajian yang diiktiraf


    Lokasi di seluruh negara


    Yuran yang berpatutan


    Peluang pekerjaan yang cerah


    Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi


    Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
    Aras 6, Galeria PjH,
    Jalan P4W, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya.




    03-8888 3837
    03-8888 2111
    jppkk.ambilan@mohe.gov.my

    POLYCCOfficial POLYCCOfficial POLYCCOfficial POLYCCOfficial POLYCCOfficial

    Dibangunkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

    Grafik oleh Freepik