Diploma Rekabentuk Industri
Sinopsis Program
DIPLOMA REKABENTUK INDUSTRI adalah aliran rekabentuk gabungan antara-disiplin di mana para pelajar terlibat secara aktif dalam merancang dan mereka bentuk pelbagai produk.Rekabentuk produk yang menitikberatkan keterampilan estetika dan kecekapan fungsi.Program ini menumpukan kepada pembangunan rekabentuk, lakaran dan 3Dmodeling, teknik rendering, persembahan, factor manusia, kemahiran komunikasi, estetika dan dokumentasi teknikal. Pelajar akan didedahkan kepada teori dan praktis dengan member penekanan kepada kemahiran rekabentuk seperti hubungan antara estetika dan bentuk serta fungsi, teknik penyelesaian masalah, mengintegrasikan rekabentuk dan teknologi, pembuatan, perniagaan dan pemasaran.
Rekabentuk industri tidak hanya diaplikasi dalam produk pengguna, ia juga turut diaplikasi dalam perabot, peralatan pejabat, peralatan perubatan, peralatan, peralatan keselamatan, produk seni bina, perhiasan ruang dalaman, pembungkusan, pengangkutan dan automotif, peralatan komunikasi elektronik, lekapan mandi dan pencahayaan, hardware, peralatan meja makan, interaksi dan rekabentuk antara muka. Pelajar bukan sahaja perlu menekankan penampilan produk tetapi juga mempertimbangkan syarat-syarat produk yang dijual. Di bawah piawaian rekabentuk yang lazim, produk yang dihasilkan perlu mempunyai elemen garisan, warna, kadar banding dan jalinan, kecekapan tinggi dan keselamatan operasi, kemudahan atau keselesaan yang digunakan, kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan, ketahanan dan fungsi dari segi bentuk. Kepentingan antara piawaian tersebut mungkin berbeza-beza bergantung pada produk. Pelajar program ini juga dikehendaki memproses kebolehan artistik, menggabungkan pengetahuan terhadap prinsip kejuruteraan dan bahan-bahan, teknik pengeluaran dan kos, serta kemahiran asas keusahawanan. Selain itu, rekabentuk industri adalah kunci untuk menggambarkan gaya hidup dunia moden.
Prospek Kerjaya
Prospek pekerjaan meliputi:
• Assistant Product designer
• Assistant Interior designer
• 3D visualizer / Space planner
• Assistant Signage designer
• Assistant Furniture designer
• Assistant Packaging designer
• Draughts Person
• Model Maker
• Rapid Prototype Technician
• Visualizer/ Illustrator
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
- Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali
- Lulus temu duga / penghantaran portfolio
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Rekabentuk Industri |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Pembuatan Kasut dan Kraf Kulit |
3 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| Operasi Pembuatan Perabot (RB-050-3:2012) |
| PENYELIA PEMBUAT PERABOT (A-010-3) |
| PENYELIA PEMBUAT PERABOT (RB-050-3) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas