Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
Sinopsis Program
Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi (Petrokimia) direka bentuk untuk menawarkan bidang kejuruteraan elektrik dan instrumentasi dengan pengkhususan dalam bidang petrokimia.Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam bidang elektrik, instrumentasi dan industri petrokimia. Kursus-kursus asas yang meluas berkaitan kejuruteraan elektrik dan instrumentasi yang merangkumi litar elektrik, pendawaian elektrik, elektronik, reka bentuk bantuan komputer, peralatan, sistem kuasa elektronik, kawalan logik boleh atur cara (PLC) dan sistem kawalan (DCS) menyediakan kepelbagaianpengetahuan dan kemahiran kepada graduan yang menjurus kepada bidang pengkhususan di dalam bidang petrokimia.Selain daripada pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar dalam cara yang bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan keusahawanan.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan instrumentasi yang boleh digunakan di dalam pelbagai kerjaya dalam bidang elektrik secara amnya dan dalam bidang petrokimia secara khususnya. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari program ini akan membolehkan mereka mengambil bahagian di dalam industri sebagai:
• Juruteknik Elektrik
• Juruteknik Instrumentasi
• Penyelia Kejuruteraan Elektrik
• Juruteknik Elektrik dan Instrumentasi di industri Petrokimia
• Penolong Jurutera
• Eksekutif Pemasaran
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda |
| Sijil Penyenggaraan Industri |
| Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi) |
| Sijil Servis Kenderaan Ringan |
| Sijil Teknologi Automotif |
| Sijil Teknologi Pembuatan |
| Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara |
| Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda |
| Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri |
| Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas