Diploma Kewangan dan Perbankan
Sinopsis Program
Program Diploma Kewangan dan Perbankan dibangunkan bagi memperkenalkan kepada pelajar prinsip kewangan dan perbankan serta serta memahami peranan kewangan dan perbankan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi pada masa kini. Pelajar akan menjalani enam semester pengajian termasuk 1 semester (6 bulan) latihan industri. Program ini dibangunkan dengan mengmbilkira pandangan industri dari segi konsep dan teori yang relevan dalam bidang kewangan, perniagaan, pelaburan, perbankan, insurans dan pembiayaan perdagangan kepada pelajar dalam senario perbankan semasa. Di akhir program ini, pelajar akan dapat meneroka dan memperluaskan pengetahuan baru dalam bidang perbankan dan kewangan.
Prospek Kerjaya
Graduan dalam Diploma Perbankan dan Kewangan dapat bekerja sebagai:
• Penolong Pegawai Bank
• Broker Saham / Remiser
• Pegawai Eksekutif Jualan
• Penolong Eksekutif Akaun
• Penolong Perunding Kewangan
• Pegawai Kredit
• Pegawai Khidmat Pelanggan
• Pembantu Sumber Manusia
• Pegawai Perunding Kredit
• Usahawan
• Penolong Pegawai Tadbir
• Agen Unit Amanah
• Juru wang Bank
• Ejen Insurans
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA(2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan
- Lulus SPM dengan mendapat kepujian di dalam Matematik
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Pemasaran |
| Sijil Pemprosesan Data |
| Sijil Pengajian Perniagaan |
| Sijil Penyimpanan Kira |
2 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| Operasi Perbankan Komersial & Runcit (FB-027-3:2012) |
| Pegawai Perbankan Komersial & Runcit (FB-021-3) |
| Perancangan Kewangan (FB-016-3:2012) |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas