Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Sinopsis Program


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti berikut Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer[CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa,dan Aplikasi Sistem Terbenam.Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit.  Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, Dan Aplikasi Komputer. Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerja, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, Dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula ialah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan Komunikasi Dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-
  • Pembantu Juruteknik
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Jurutera Permohonan
  • Penyelia Sistem Kawalan
  • Automasi dan Penyelia Robotik
  • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu SVM 1104 dan PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00 dan PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional dan lulus mata pelajaran Sejarah 1251 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
    ATAU
  4. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Penyenggaraan Industri
 Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)
 Sijil Servis Kenderaan Ringan
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Pembuatan
 Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
 Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Industri
 Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi
3Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
 Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
 Sijil Kejuruteraan Pertanian
 Sijil Teknologi Automotif
 Sijil Teknologi Kimpalan
4Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
 Sijil Teknologi Kimpalan
5Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Automasi Umum Bangunan & Operasi Kawalan Tenaga (ME-030-3:2014)
 EDDY CURRENT TESTER (H-080-3)
 ELECTRONIC SECURITY SYSTEM TECHNICIA (SS-050-3)
 Jaminan Kualiti Industri (Pembuatan) (MC-041-3:2012)
 Juruteknik Automasi Senior (H-170-3)
 Juruteknik Automasi Senior (H-176-3)
 Juruteknik Industri (H-100-3)
 Juruteknik Kanan Alatan Kepersisan Mekanikal (MC-010-3)
 Juruteknik Kanan Jaminan Kualiti (H-301-3)
 Juruteknik Kanan Pemeriksaan Radiograf-Binaan Berkimpalan (Minyak & Gas) (MC-110-3:2013)
 Juruteknik Kanan Pemeriksaan Ultrasonik-Binaan Berkimpalan (Minyak & Gas) (MC-113-3:2013)
 Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri (H-312-3)
 Juruteknik Penyenggaraan Industri Berat (H-160-3)
 MAGNETIC PARTICLE TESTER- WELDED CONSTRUCTION (H-150-3)
 NDT PRACTITIONER (EDDY CURRENT TESTING) L3 (MC-111-3)
 NDT PRACTITIONER (MAGNETIC PARTICLE TESTING)L3 (MC-114-3)
 Operasi Penyelenggaraan Industri (ME-010-3:2012)
 Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Keselamatan Elektronik (DS-050-3:2013)
 Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
 Pengamal NDT (Pengujian Penembusan) L3 (MC-112-3)
 Pengamal NDT (Pengujian Radiografi Industri) L3 (MC-110-3)
 Pengamal NDT (Pengujian Ultrasonik) L3 (MC-113-3)
 Penguji Ultrasonik Aeroangkasa (MC-062-3)
 Penguji Ultrasonik Dalam Air (MC-061-3)
 Pengujian Arus Pusar – (Minyak & Gas) (MC-111-3:2014)
 Pengujian Arus Pusar – Bahan, Komponan & Struktur Aeroangkasa (MC-116-3:2014)
 Pengujian Partikel Magnetik – Pembinaan Terkimpal (Minyak & Gas) (MC-114-3:2014)
 Pengujian Penembusan- Pembinaan Terkimpal (Minyak & Gas) (MC-112-3:2014)
 Pengujian Radiograf – Bahan, Komponan & Struktur Aeroangkasa (MC-117-3:2014)
 Pentadbiran Kejuruteraan Automasi Industri
 Penyelia MHE (MC-043-3)
 Penyelia Penyelenggaraan (MHE ICT) (MC-042-3)
 Penyelia Penyelenggaraan Elektromekanikal (ME-010-3)
 Penyelia Sistem Kawalan Pemantauan Keselamatan (SS-042-3)
 Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri (MC-091-3:2013)
 Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang (ME-011-3:2014)
 Rekabentuk & Pembangunan Produk Industri (MC-040-3:2013)
 Senior Technician-Mechanical Precision Instrument (H-190-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.