Diploma Terapi Kecantikan (WBL) - Ambilan Januari
Sinopsis Program
Program Terapi Kecantikan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan air brush, pengurusan spa dan projek.
2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
5. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki serta persolekan.
6. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan dan projek.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
Perunding Imej
Juruterapi Kecantikan
Juruterapi Estetik
Jurusolek
Pensyarah Kecantikan
Pengurus
Freelancer
Usahawan
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Perlu lulus temuduga/hantar portfolio
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut:
- Sijil Dandanan Rambut
- Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
- Sijil Kecantikan Dan Dandanan Rambut
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Dandanan Rambut |
| Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut |
| Sijil Terapi Kecantikan dan Spa |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas