Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
Sinopsis Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan elektronik perubatan. Program ini merangkumi asas kejuruteraan elektrik dan elektronik seperti matematik, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian dan reka bentuk terbantu komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berketerampilan dan serba boleh, disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan di akhir program. Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah anatomi & fisiologi, amalan sistem perubatan, pengukuran isyarat perubatan, instrumentasi perubatan dan pengimejan perubatan.
Penggunaan peralatan yang semakin canggih dan kompleks dalam bidang perubatan telah meingkat dengan pesat. Justeru itu, semakin banyak jurutera dan juteknik yang diperlukan seperti memberi khidmat membaikpulih peralatan dan mengendalikan peralatan-peralatan khusus serta mencipta dan membuat peralatan-peralatan perubatan.
Selain daripada penerapan pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, ko-kurikulum, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan dan keusahawanan.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan elektronik perubatan yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:
- Juruteknik Kejuruteraan Bioperubatan
- Juruteknik Peralatan Bioperubatan
- Juruteknik Elektronik
- Penolong Teknikal
- Penolong Jurutera
- Perunding jualan
- Kakitangan Latihan
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) dalam mana - mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1 | Sijil Politeknik Tahap 3, KKM |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan) |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer) |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan) |
| Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum) |
| Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) |
| Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum) |
2 | Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM |
| Sijil Teknologi Elektrik |
| Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih |
| Sijil Teknologi Telekomunikasi |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
kembali ke atas