Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Perancang Bandar dan Wilayah  direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus, studio dan industri berkaitan dengan skop kerja dalam merancang pembangunan bandar dan wilayah supaya teratur dan maju.Program pengajian inimendedahkan pelajar kepada aspek asas pengetahuan dalam merancang pembangunan sesebuah bandar, wilayah dan luar bandar, pelan struktur, penzonan kategori kawasan pembangunan,perancangan fizikal pusat bandar, perumahan, komersial, perindustrian, landskap, rekreasi dan pelancongan serta pengangkutan.

Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perancang bandar dan wilayah


Prospek Kerjaya



Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Peracang Bandar dan Wilayah adalah seperti berikut:

  • Penolong Pegawai Perancang Bandar
  • Pembantu Teknik Perancang Bandar
  • Pembantu Teknik Landskap
  • Settlement Officer (SO)


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU(1) kredit dalam mana-mana matapelajaran; ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) dengan gred minimum C [Kumulatif Gred Purata Nilai (CGPA) 2.00] dalam mana-mana subjek atau kelayakan yang setaraf dengannya; ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (Lulus); ATAU
  5. Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; ATAU
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Perancangan Bandar dan Wilayah
2Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Geomatics & Land Surveying (BC-060-3:2013)
 Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Awam dan Struktur (B-040-3)
 Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
 Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3)
 SURVEY ASSISTANT (ENGINEERING) (V-020-3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

6 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.