Diploma Akauntansi

Sinopsis Program


Diploma Akauntansi digubal khususuntuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang-bidang seperti perakaunan, kewangan, pengauditan, percukaian, perakaunan kos dan juga pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Pelajar bukan sahaja diajar secara teori asas kewangan dan perakaunan, malah mereka juga diberi pendedahan kepada  pengalaman sebenar melalui program latihan industri.  Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang berfikiran usahawan.  Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC.  Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan.Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.     

Prospek Kerjaya


Kemahiran dan kebolehan yang diperolehi oleh graduan Diploma Perakaunan akan membolehkan mereka bekerja sebagai :

Pembantu Akauntan 
Penolong Pengawal Kewangan 
Penolong Juruaudit 
Juruteknik Cukai 
Usahawan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. DUA (2) dalam mana-mana matapelajaran
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Matematik ;ATAU
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.00; ); ATAU
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya Maqbul (Lulus); DAN lulus Matematik M atau Matematik T atau matematik peringkat SPM; DAN lulus Bahasa Inggeris/ Bahasa Inggeris peringkat SPM
  5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Pemasaran
 Sijil Pemprosesan Data
 Sijil Pengajian Perniagaan
 Sijil Penyimpanan Kira
2Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
 Sijil Pengkeranian Akaun
 Sijil Perakaunan
 Sijil Perakaunan Perniagaan
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 ACCOUNT SUPERVISOR (AA-010-3)
 Pegawai Pentadbiran Kredit (FB-040-3)
 Pegawai Perhubungan Akaun (FB-020-3)
 Pembantu Audit (FB-010-3)
 Pembantu Audit Dalaman (FB-050-3)
 Pembantu Percukaian (FB-080-3)
 Penganalisa Kredit (FB-030-3)
 Perakaunan (FB-100-3:2012)
 Perakaunan Pengeluaran Filem (AC-066-3:2013)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas
Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.