Diploma Ukur Bahan

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Ukur Bahan ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur bahan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di industri pembinaan yang meliputi skop kerja di dalam pengukuran dan penilaian kuantiti binaan-binaan berdasarkan reka bentuk struktur binaan. Program pengajian ini membentuk pelajar memahami pengetahuan dan kemahiran asas dalam ukur kuantiti bahan seperti membaca lukisan pelan, penggunaan bahan dan teknologi binaan,menulis speksifikasi bahan binaan dan mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan projek pembinaan, undang-undang dan amalan profesional.  Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat  berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang ukur bahan.

Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:

  • Pembantu Jurukur Bahan
  • Penilai Kuantiti Binaan
  • Penolong Pengurus Kontrak
  • Penolong Pengurus Projek
  • Pegawai Penilaian Bangunan
  • Penyelia Tapak


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat SATU (1) kepujian dalam mana – mana matapelajaran;
    ATAU
  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu SVM 1104 dan PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00 dan PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional dan lulus mata pelajaran Sejarah 1251 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
  4. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
1Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
 Sijil Ukur Bahan
2Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
 Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur
3Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 Pembinaan Bangunan Residensi (BC-030-3:2013)
 Penyelia Binaan Bangunan (B-010-3)
 Penyelia Masonry (BC-020-3 /MSR3)
 Penyelia Sistem Kotakbentuk (FWK3)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.