Diploma Kejuruteraan Awam

Sinopsis Program


Program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak binaan yang meliputi skop kerja di dalam industri pembinaan yang merangkumi aspek penggunaan bahan dan teknologi pembinaan, reka bentuk struktur dan kaedah binaan, undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan awam.


Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menawarkan program ini bersama Pensijilan Tahfiz Al-Quran Politeknik KPT–JAKIM di bawah program TECHNO HUFFAZ manakala Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pula menawarkan program ini bersama Pensijilan Asas Tahfiz Al-Quran Politeknik KPT–JAKIM di bawah program TECHNO HUFFAZ.

Untuk maklumat lanjut mengenai program TECHNO HUFFAZ di:


Prospek Kerjaya


Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:

  • Penolong Jurutera
  • Pembantu Teknik
  • Penyelia Tapak
  • Penyelaras Bahan Binaan
  • Kerani Kerja Tapak
  • Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembekal Bahan Binaan
  • Kontraktor Pembinaan


Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    1. Matematik
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) dalam mana-mana mata pelajaran

kembali ke atas

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.