1. PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA, SIJIL DAN SIJIL KHAS KEMAHIRAN BAGI AMBILAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II : 2024/2025 BAHARU

  • Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan Sijil Politeknik/ Sijil Kolej Komuniti/ lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH)/ lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)/ lulusan Sijil Pertanian Malaysia (Institut Pertanian Malaysia), lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3), lepasan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional), lepasan sekolah pendidikan khas dan pemilik pensijilan APEL.
  • Permohonan boleh dibuat mulai 04 Oktober 2024 jam 5.00 petang sehingga 04 November 2024 jam 5.00 petang melalui pautan  MOHON

2. SEMAKAN TAWARAN AWAL II SESI II: 2024/2025  BAHARU

  • Calon yang membuat permohonan baru ATAU mengemaskini permohonan dalam tempoh 4 Oktober 2024 sehingga 23 Oktober 2024 boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai hari Khamis 24 Oktober 2024, jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN
  • Calon yang telah mendapat pra tawaran ke Politeknik bagi Sesi II 2024/2025 (kemasukan Januari 2025) boleh membuat pengesahan setuju terima dan cetakan surat tawaran rasmi mulai hari Khamis, 10 Oktober 2024 jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN
  • Calon yang telah mendapat tawaran awal (Laluan Autonomi Institusi) ke program Sijil dan Diploma Kolej Komuniti bagi Sesi II 2024/2025 (kemasukan Januari 2025) boleh membuat pengesahan setuju terima dan cetakan surat tawaran rasmi mulai hariKhamis, 10 Oktober 2024 jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN

3. TAWARAN PENGAJIAN KE DIPLOMA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MELALUI LALUAN ASIMILASI SESI II 2024/2025 BAHARU

  • Satu inisiatif baharu yang diperkenalkan bagi membuka laluan pendidikan ke peringkat lebih tinggi secara fast lane kepada pelajar program sijil Kolej Komuniti yang sedang berada di semester akhir dan menjalani latihan industri pada sesi I 2024/2025.
  • Inisiatif ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar program sijil Kolej Komuniti untuk melanjutkan pengajian anda tanpa perlu menunggu tamatnya latihan industri. Dengan pendekatan ini, pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang akan dapat melanjutkan pengajian ke program diploma dalam bidang yang berkaitan dengan lebih cepat.
  • Calon boleh membuat semakan keputusan tawaran mulai Khamis, 17 Oktober 2024 jam 5.00 petang melalui pautan SEMAKAN

4. PERMOHONAN KEMASUKAN BAHARU BAGI PERSIJILAN MICRO-CREDENTIALS KOLEJ KOMUNITI SESI II : 2024/2025  BAHARU

  • Permohonan kemasukan persijilan Micro-Credentials    MOHON
  • Micro-credentials ditawarkan secara rintis di 11 Kolej Komuniti iaitu Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Manjung, Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Rembau, Kolej Komuniti Kuala Terengganu Cawangan Kuala Nerus.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian berikut:📱019-8683738 (whatsapp sahaja) atau email ke ✉ jppkk.ambilan@mohe.gov.my


Pengambilan Sesi II 2024/2025

 
Sijil & Diploma Sepenuh Masa Politeknik & Kolej Komuniti
Permohonan melalui eBorang MyPOLYCC
Cetakan surat tawaran dan pengesahan setuju terima calon PRA TAWARAN30 September 2024
Permohonan baharu kemasukan bagi ambilan Sesi II 2024/2025 dibuka4 Oktober 2024
Semakan tawaran ke program diploma melalui Laluan Asimilasi diumumkan17 Oktober 2024
Semakan Tawaran Awal I bagi calon kemaskini permohonan diumumkan17 Oktober 2024
Semakan Tawaran Awal II bagi calon kemaskini permohonan diumumkan24 Oktober 2024
Permohonan baharu kemasukan bagi ambilan Sesi II 2024/2025 ditutup04 November 2024
Panggilan ke proses saringan bagi program bertemuduga diumumkan11 November 2024
Sesi saringan bagi program bertemuduga17 – 21 November 2024
Semakan keputusan permohonan bagi Sesi II 2024/2025 diumumkan05 Disember 2024
Sistem permohonan rayuan dibuka 05 Disember 2024
Semakan keputusan permohonan rayuan bagi Sesi II 2024/2025 diumumkan20 Disember 2024
Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025 05/06 Januari 2025
Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Micro-credentials Sesi II 2024/2025 13 Januari 2025
Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu (laluan Asimilasi) Sesi II 2024/202515 Januari 2025
Maklumat lanjut:
Tarikh Kemaskini: 24 Oktober 2024.
*Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Fakta Ringkas



Bilangan Politeknik

36



Bilangan Kolej Komuniti

105


Kenapa Politeknik & Kolej Komuniti menjadi pilihan?


Institusi milik penuh Kerajaan


Program pengajian yang diiktiraf


Lokasi di seluruh negara


Yuran yang berpatutan


Peluang pekerjaan yang cerah


Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi


Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.




03-8888 3837
03-8888 2111
jppkk.ambilan@mohe.gov.my

POLYCCOfficial POLYCCOfficial POLYCCOfficial POLYCCOfficial POLYCCOfficial

Dibangunkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.

Grafik oleh Freepik