Sijil Teknologi Reka Bentuk Grafik Kreatif

Sinopsis Program


Sijil Teknologi Reka Bentuk Grafik Kreatif dibentuk untuk menggembleng kebolehan dan bakat pelajar berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi dalam pengkhususan menghasilkan produk cenderamata. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk membuat dan memasarkan produk mereka sebagai langkah permulaan dalam bidang keusahawanan. Program ini menawarkan modul teras Asas Senireka, Sejarah Seni Kraf, Asas Rekabentuk Digital, Aplikasi Bahan dan Peralatan, Rekabentuk Visual, Rekabentuk Cenderamata dan Kraf Hiasan, Teknik dan Proses Batik Kontemporari, Teknik dan Proses Seramik Kontemporari, Asas Keusahawanan, Peragaan Produk dan Projek Akhir Visual Kreatif.

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan kursus wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kursus Pembangunan Diri dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini mampu menyahut cabaran dalam memartabatkan Industri Seni Kreatif Negara.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang seni kreatif untuk diimplimentasi sebelum pelajar memulakan kerjaya di dalam prospek berikut:
  1. Usahawan Kraf
  2. Tenaga Pengajar Kraf
  3. Display Artist
  4. Designer
  5. Penyelia Pereka Grafik
  6. Penyelia Bengkel Kraf
  7. Penyelia Pengurusan Produk
  8. Pembantu Pereka Bentuk Corak Fabrik
  9. Pembantu Galeri
  10. Pengusaha Produk Batik
  11. Pencanting Batik
  12. Pembekal Bahan Mentah Kraf
  13. Pembekal Props Pameran
  14. Product Demonstrator
  15. Product Promoter
  16. Product Collector
  17. Product Dealer
  18. Mould Maker
  19. Modeller

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Reka Bentuk Grafik Kreatif boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Tiada pemetaan ke Program Diploma bagi program ini

  • Syarat Kemasukan


    Lepasan SPM
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
    5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    6. Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi

    kembali ke atas
    Lulusan selain SPM

    *Sekiranya berminat untuk memohon ke Program ini, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.


    kembali ke atas

    Ditawarkan di

    Kolej Komuniti Chenderoh

    Tempoh Pengajian

    4 semester

    Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.