Sijil Animasi 2D
Sinopsis Program
Program Sijil Animasi 2D adalah salah satu program yang memberi peluang kepada
pelajar yang meminati bidang seni visual dan animasi mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran teknikal secara teori dan amali dalam bidang Animasi 2D. Melalui
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, program ini dapat membantu
menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi. Program ini membolehkan para pelajar menguasai asas animasi
sehingga mampu menghasilkan sebuah portfolio yang diperlukan bagi menyediakan
pelajar ke alam pekerjaan yang berkaitan.
Prospek Kerjaya
Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang
Animasi 2D malahan dapat mengimplementasikan ke dalam kerjaya di dalam bidang
berkaitan Multimedia Kreatif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
- Pelukis Papan Cerita (Storyboard Artist)
- Pereka Bentuk Karakter (Character Designer)
- Pelukis Latar Belakang (Background Artist)
- Pelukis Reka Bentuk Konsep (Concept Design Artist)
- Keyframe Animator
- Inbetween Animator
- Clean-Up Artist
- Juru Animasi 2D (2D Animator)
- Digital Ink and Paint Artist
- Pereka Kesan Visual (VFX Artist / Compositor)
- Penyunting Video (Video Editor)
- Pelakon Suara Latar (Voice Over Artist)
- Foley Artist
n. Render Artist
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Animasi 2D boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Rekabentuk Grafik
- Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni (WBL)
- Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video (WBL)
- Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (WBL)
- Diploma in Games Art Technology (WBL)
- Diploma in 3D Animation Technology (WBL)
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas