Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan

Sinopsis Program


Program Multimedia Kreatif Pengiklanan ini dibentuk bertujuan melatih pelajar dalam bidang pengiklanan media cetak dan teknologi pengiklanan secara praktikal, selari dengan perkembangan teknologi terkini. Kursus yang ditawarkan dalam program ini memfokuskan kepada rekabentuk grafik, penerbitan audio video, dan kemahiran asas dalam amalan perancangan dan strategi pengiklanan. Prinsip dalam asas fotografi, seni dan rekabentuk, dan tipografi juga diterapkan untuk menggalakkan penghasilan pemikiran kreatif dan rekaan visual dalam persembahan. Pelajar juga mempelajari asas lukisan, illustrasi, media pengiklanan 2, dan pengiklanan pernerbitan 2 sebagai nilai tambah terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan. Di samping itu, projek portfolio bertujuan membolehkan pelajar menjana idea dan kreativiti dalam pelaksanaan projek dan menunjukkan koleksi hasil kerja mereka melalui acara pameran.

Prospek Kerjaya


Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengiklanan untuk diimplimentasikan di dalam bidang kerjaya berkaitan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti berikut :

  1. Artis DTP (Desktop Publishing)
  2. Artis Grafik
  3. Penolong Pereka Grafik
  4. Penolong Kumpulan Kreatif
  5. Penolong Juruvideo / Jurufoto
  6. Penolong Penyunting Video / Audio
  7. Illustrator
  8. Visualizer
  9. Usahawan Multimedia Kreatif Pengiklanan

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Teknologi Media Cetak (WBL)
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Seni (WBL)
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video (WBL)
  • Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi (WBL)
  • Diploma in Games Art Technology (WBL)
  • Diploma in 3D Animation Technology (WBL)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.