Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda
Sinopsis Program
Program Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda ini direka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajaran dan pengajaran mengenai sistem kenderaan seperti enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu, program ini juga menawarkan kursus seperti Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, dan Teknologi Hijau.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi automotif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya sebagai:
- Mekanik
- Juruteknik servis kenderaan
- Penasihat servis
- Pengusaha bengkel servis
- Pengusaha bengkel tayar
- Pengusaha bengkel elektrik automotif
- Operator Pemasangan Automotif
- Pemeriksa Kenderaan
- Pengusaha E-Dagangan Automotif
- Pengusaha Pusat Aksesori Kenderaan
- Pengusaha Alat Ganti Kenderaan
- Pengusaha Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan Marin
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
- Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi
- Diploma Kejuruteraan Kimia
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas