Certificate in Food & Beverage Service

Sinopsis Program


Program ini direka untuk melahirkan tenaga kerja yang berkelayakan dan berkemampuan untuk berkhidmat di bahagian pramusaji. Pelajar-pelajar akan diajar pelbagai teknik pramusaji untuk memastikan pramusajian berkualiti untuk tetamu tempatan dan antarabangsa.


SENARAI MODUL UNTUK PROGRAM INI
  • Asas Masakan
  • Asas Operasi Pramusaji
  • Asas Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Pembelajaran & Pembangunan Profesional
  • Pengenalan kepada Industri Hospitaliti
  • Pengajian Malaysia
  • Pengajian Pramusaji
  • Bahasa Inggeris Pertengahan 1
  • Matematik Gunaan untuk Hospitaliti
  • Makanan & Budaya
  • Bahasa Kebangsaan / Keusahawanan Digital
  • Operasi Pramusaji Professional
  • Teknik Pramusaji Lanjutan
  • Bahasa Inggeris Pertengahan 2
  • Pengurusan Kendiri
  • Pendidikan Islam / Moral

Prospek Kerjaya


Majikan : Hotel, Resort, Restoran
Jabatan-Jabatan: Bankuet, Perkhidmatan Makanan dan Minuman, Perkhidmatan Sajian Kamar, Laman Kopi

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Certificate in Food & Beverage Service boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Diploma Pengurusan Acara
  • Diploma Pengurusan Pelancongan
  • Diploma Seni Kulinari
  • Diploma Pengurusan Hotel (WBL)
  • Diploma Pengurusan Resort
  • Diploma Pelancongan Rekreasi
  • Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
  • Diploma in Hotel Management (WBL)
  • Diploma Seni Kulinari (WBL)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan
    (Calon perlu lulus saringan dan dikehendaki mengikuti program pengukuhan yang disediakan)
  3. ATAU
  4. Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
    3. PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
    4. Kompeten semua modul vokasional; dan
    5. Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
1Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
 BARISTA SERVICES [I563-001-2:2017]
 FOOD & BEVERAGE SERVICE OPERATION [I561-002-2:2018]

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.