Sijil Terapi Kecantikan dan Spa

Sinopsis Program


Program Terapi Kecantikan dan Spa adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan professional, spa badan dan pengurusan spa.
2. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
4. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang solekan dan urutan.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Perunding Imej
Juruterapi Kecantikan
Juruterapi Estetik
Jurusolek
Pensyarah Kecantikan
Pengurus
Freelancer
Usahawan

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Terapi Kecantikan dan Spa boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Diploma Terapi Kecantikan (WBL) - Ambilan Januari
  • Diploma Dandanan Rambut (WBL)
  • Diploma Dandanan Rambut (WBL)
  • Diploma Pemasaran
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Perniagaan Antarabangsa
  • Diploma Keusahawanan (WBL)

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  6. Calon Perempuan Sahaja
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali

kembali ke atas

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.