Sijil Pastri
Sinopsis Program
Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert
2. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes
3. Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting
4. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan
5. Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pembuatan Pastri yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Pembuatan Pastri . Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
Commis
Bakers
Pastry Cook
Usahawan
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Pastri boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Pengurusan Acara
- Diploma Pengurusan Pelancongan
- Diploma Seni Kulinari
- Diploma Pengurusan Hotel (WBL)
- Diploma Pengurusan Resort
- Diploma Pelancongan Rekreasi
- Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
- Diploma in Hotel Management (WBL)
- Diploma In Patisserie (WBL) - Ambilan Januari
- Diploma in Culinary Arts (WBL)
- Diploma Seni Kulinari (WBL)
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan
(Calon perlu lulus saringan dan dikehendaki mengikuti program pengukuhan yang disediakan)
ATAU
- Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat:
- Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
- PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
- Kompeten semua modul vokasional; dan
- Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
| 1 | Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM |
| | OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN [I561-002-2:2018] |
| | PEMBUATAN PASTRI [HT-014-2:2011] |
| | PEMBUATAN ROTI [HT-013-2:2011] |
| | PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022] |
| | PENYEDIAAN DAN PERKHIDMATAN MAKANAN SEGERA [HT-031-2:2016] |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas