Sijil Pengendalian Acara
Sinopsis Program
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pengendalian acara. Pelajar berkemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul teras Pengenalan Acara, Fasiliti Dalam Acara, Etiket dan Protokol Dalam Acara, Pengendalian Acara Sosial, Pemasaran Dalam Acara, Food and Beverage For Event, Pengendalian Acara Sukan, Pengendalian Acara Perkahwinan, Khidmat Pelanggan, Interpretasi Dalam Acara, Projek, dan Pengendalian Acara Korporat (MICE). Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Pengendalian Acara.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pengendalian Acara yang mana ia menepati keperluan kerjaya dalam industri acara ini. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengendalian acara membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
- Event Organizer
- Event Manager
- Event crew
- Floor Manager
- Pengacaraan Majlis
- Pegawai Protokol
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Pengendalian Acara boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Pengurusan Acara
- Diploma Pengurusan Pelancongan
- Diploma Seni Kulinari
- Diploma Pengurusan Hotel (WBL)
- Diploma Pelancongan Rekreasi
- Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas