Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan

Sinopsis Program


Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri untuk menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini sejajar dengan Akta Makanan 1983, Peraturan- peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang sedang berkuatkuasa. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  1. Teknologi pemprosesan hasilan haiwan dan tumbuhan,teknologi minuman, teknologi bakeri dan teknologi konfeksionari,
  2. Pengenalan tentang pengawalan mutu makanan, baik semasa atau selepas,
  3. Pemprosesan, aspek kandungan makanan dan pemakanan,
  4. pengenalan industri makanan yang merangkumi tentang undang-undang makanan serta pensijilan halal yang sering menjadi isu utama dalam pengeluaran makanan, dan
  5. Pengurusan serta pemasaran hasilan makanan.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:-

  • Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
  • Pembantu Jaminan Kualiti Makanan
  • Pembantu Makmal Usahawan Industri kecil dan sederhana
  • Penolong Pengurus Restoran
  • Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
  • Penolong R&D
  • Penolong Pegawai Penyelidik

Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti


Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan boleh memohon ke program diploma berikut:
  • Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
  • Diploma Teknologi Makanan
  • Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal

Syarat Kemasukan


Lepasan SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

kembali ke atas
Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  3. ATAU
  4. Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
    1. Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
    2. PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
    3. PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
    4. Kompeten semua modul vokasional; dan
    5. Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
1Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM
 Agroindustri
 Agroindustri Tanaman
 Agroindustri Ternakan
 Agroindustri Ternakan Poultri
 Agroindustri Ternakan Ruminan
 Akuakultur
 Bakeri & Pastri
 Bioteknologi
 Industri Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Insuran
 Kesetiausahaan
 Kosmetologi
 Landskap
 Multimedia Kreatif Animasi
 Operasi Pembuatan Perabot
 Operasi Pemesinan Pemasangan
 Pelancongan
 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa
 Pemasaran
 Pembinaan Bangunan Residensi
 Pemprosesan Makanan
 Pendidikan Awal Kanak-kanak
 Pengajian Awal Kanak-kanak
 Pengurusan Pelancongan
 Pengurusan Perniagaan
 Pengurusan Peruncitan
 Pentadbiran
 Penyejukan & Penyamanan Udara
 Perakaunan
 Peralatan Elektronik
 Poultri Akuakultur
 Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
 Rekabentuk Grafik Industri dan Media Cetak
 Seni Bina
 Seni Bina Landskap
 Seni Kraf Barang Kemas
 Seni Kulinari
 Seni Reka Batik
 Seni Reka Fesyen
 Senibina Landskap
 Sistem Komputer dan Rangkaian
 Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
 Tanaman Agroindustri
 Tanaman Agroindustri (Hortikultur)
 Teknologi Automotif
 Teknologi Elektrik
 Teknologi Elektrik Teknologi Kimpalan
 Teknologi Elektroni
 Teknologi Elektronik
 Teknologi Kimpalan
 Teknologi Kimpalan Teknologi Automotif
 Teknologi Maklumat
 Teknologi Marin
 Teknologi Mekanisasi
 Teknologi Mekanisasi Agro
 Teknologi Pembinaan
 Teknologi Pembinaan Teknologi
 Teknologi Pembuatan Bot
 Teknologi Pemesinan
 Teknologi Pemesinan Industri
 Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
 Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
 Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian Teknologi
 Teknologi Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web
 Ternakan Poultri
 Ternakan Ruminan
 Troubleshooting Peralatan Elektronik

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar


kembali ke atas

Semua maklumat adalah benar pada masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan maklumat ini.