Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
Sinopsis Program
Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi peranti mudah alih yang terkini. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara peranti mudah alih. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja kerja berkaitan peranti mudah alih. Program ini menawarkan modul teras Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik, Asas Telekomunikasi, Asas Pemasaran, Komunikasi Data,Pengenalan Peranti Mudah Alih, Teknologi IoT Peranti Mudah Alih, Asas Pengaturcaraan, Antaramuka Aplikasi Peranti Mudah Alih, Baikpulih Peranti Mudah Alih, Pembangunan Aplikasi Android, Perkhidmatan Pelanggan dan Keselamatan Peranti Mudah Alih. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui modul wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek. Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Teknologi Peranti Mudah Alih dan keusahawanan.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi peranti mudah alih yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya yang berkaitan. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, pelajar boleh menceburi kerjaya seperti berikut:
Pembantu Juruteknik Peranti Mudah Alih
Juruteknik Peranti Mudah Alih
Usahawan
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas