Sijil Penyeliaan Tapak Bina
Sinopsis Program
Program Sijil Penyeliaan Tapak Bina adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Penyeliaan Tapak Bina. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Penyeliaan Tapak Bina yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
- Penyelia Tapak
- Kontraktor
- Pegawai Keselamatan & Kesihatan
- Qlassic Assessor
- Usahawan
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
kembali ke atas