Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot
Sinopsis Program
Program Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Teknik dan kaedah melukis lukisan asas geometri dan menghasilkan reka bentuk berbantu komputer 2D dan 3D.
2. Penghasilan perabot luaran merangkumi pengenalan kayu, pengeringan dan pengawetan, pemesinan serta pembuatan perabot luaran.
3. Penghasilan perabot dalaman merangkumi pemprosessan kayu, pembuatan perabot luaran serta kemasan dan perekat.
4. Melakar motif ukiran tangan separuh tembus dan tebuk tembus.
5. Menghasilkan ukiran CNC merangkumi simulasi CNC, memindah arahan kerja CNC, mengukir ukiran berbantu CNC dan membuat kemasan ukiran CNC.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
Pelukis Pelan Perabot
Pereka Bentuk Perabot
Juruteknik Mesin Perabot
Operator Pengeluaran dan Kawalan Mutu Perabot
Pengukir
Usahawan
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
- Diploma Reka Bentuk Kraf
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
kembali ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
ATAU
- Lulus pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat:
- Kepujian Bahasa Melayu SVM 1104; dan
- PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00; dan
- PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67; dan
- Kompeten semua modul vokasional; dan
- Lulus mata Pelajaran Sejarah 1251
| 1 | Lulusan Kolej Vokasional Tahap 3, KKM |
| | Agroindustri |
| | Agroindustri Tanaman |
| | Agroindustri Ternakan |
| | Agroindustri Ternakan Poultri |
| | Agroindustri Ternakan Ruminan |
| | Akuakultur |
| | Bakeri & Pastri |
| | Bioteknologi |
| | Industri Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara |
| | Insuran |
| | Kesetiausahaan |
| | Kosmetologi |
| | Landskap |
| | Multimedia Kreatif Animasi |
| | Operasi Pembuatan Perabot |
| | Operasi Pemesinan Pemasangan |
| | Pelancongan |
| | Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa |
| | Pemasaran |
| | Pembinaan Bangunan Residensi |
| | Pemprosesan Makanan |
| | Pendidikan Awal Kanak-kanak |
| | Pengajian Awal Kanak-kanak |
| | Pengurusan Pelancongan |
| | Pengurusan Perniagaan |
| | Pengurusan Peruncitan |
| | Pentadbiran |
| | Penyejukan & Penyamanan Udara |
| | Perakaunan |
| | Peralatan Elektronik |
| | Poultri Akuakultur |
| | Rekabentuk Grafik dan Media Cetak |
| | Rekabentuk Grafik Industri dan Media Cetak |
| | Seni Bina |
| | Seni Bina Landskap |
| | Seni Kraf Barang Kemas |
| | Seni Kulinari |
| | Seni Reka Batik |
| | Seni Reka Fesyen |
| | Senibina Landskap |
| | Sistem Komputer dan Rangkaian |
| | Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi |
| | Tanaman Agroindustri |
| | Tanaman Agroindustri (Hortikultur) |
| | Teknologi Automotif |
| | Teknologi Elektrik |
| | Teknologi Elektrik Teknologi Kimpalan |
| | Teknologi Elektroni |
| | Teknologi Elektronik |
| | Teknologi Kimpalan |
| | Teknologi Kimpalan Teknologi Automotif |
| | Teknologi Maklumat |
| | Teknologi Marin |
| | Teknologi Mekanisasi |
| | Teknologi Mekanisasi Agro |
| | Teknologi Pembinaan |
| | Teknologi Pembinaan Teknologi |
| | Teknologi Pembuatan Bot |
| | Teknologi Pemesinan |
| | Teknologi Pemesinan Industri |
| | Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan |
| | Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara |
| | Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian |
| | Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian Teknologi |
| | Teknologi Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web |
| | Ternakan Poultri |
| | Ternakan Ruminan |
| | Troubleshooting Peralatan Elektronik |
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
kembali ke atas