Sijil Khas Reka Bentuk Grafik

Sinopsis Program


Sijil Khas Reka Bentuk Grafik adalah program peringkat sijil yang ditawarkan di bawah Program Sijil Khas Politeknik. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun. Pelajar juga akan mengikuti program latihan industri selama 6 bulan pada semester 4. Program ini mendedahkan pelajar kepada asas reka bentuk dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran seperti kelas teori dan amali di bilik kuliah, studio reka bentuk dan makmal komputer. Pelajar juga akan dilengkapkan dengan kursus wajib yang mana akan membekalkan pelajar tentang kemahiran sosial, keusahawanan dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, graduan program ini akan mendapat pengetahuan asas dalam bidang grafik dan kemahiran teknikal bagi memenuhi permintaan industri masa kini.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut: 
  • Pereka Grafik
  • Jurufoto
  • Pelukis Ilustrasi
  • Pembantu Percetakan
  • Influencer Media Sosial
  • Usahawan Industri Grafik

Syarat Kemasukan


Pelajar berkeperluan khas (Ketidakupayaan Pendengaran)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
  3. Pemegang Kad OKU (Ketidakupayaan Pendengaran)

kembali ke atas

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.