Sijil Khas Pembuatan Perabot

Sinopsis Program


Program Sijil Khas Pembuatan Perabot di reka bentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industry pembuatan perabot. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin iaitu Pengurusan Bengkel, Asas Lukisan, Bahan dan Peralatan Bengkel, Asas Penghasilan Produk, Asas Aplikasi Komputer, Asas Kemasiapan, Pembuatan Perabot Hiasan, Pembuatan Perabot Storan, Pembuatan Perabot Luaran, Ukiran Kayu, Pembuatan Perabot Kreatif, Pembuatan Perabot Berasaskan Bukan Kayu dan Baik Pulih Perabot. Pelajar wajib mengambil kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Komunikasi, Kokurikulum, dan Asas Keusahawanan. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan dunia kerjaya yang sebenar. Latihan industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga separa mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.

Prospek Kerjaya


Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembuatan perabot. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:  
  • Pekerja separa mahir
  • Usahawan Seramik
  • Pembantu pengajar kemahiran
  • Usahawan

Syarat Kemasukan


Pelajar berkeperluan khas (Masalah Pembelajaran)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tamat Persekolahan Sekolah Menengah (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
  3. Pemegang Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
  4. Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) bagi pelajar masalah pembelajaran dan perlu menjalani proses saringan

kembali ke atas

Ditawarkan di

Kolej Komuniti Gerik

Tempoh Pengajian

4 semester

Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.